Surah Al-Fatihah - Perantaraan Allah dan HambaNya
Monday, July 28th, 2008There is a reason why Al-Fatihah is amongst one of the greatest Surahs in the Al-Quran. After reading the article below, it has helped me to further understand the beauty of Surah Al-Fatihah. The knowledge of the interaction that occurs between Allah and His servants while reciting the Al-Fatihah has helped me to become more kusyuk during my prayers.
Sabda Rasullallah SAW:
“Allah telah berfirman (dalam sebuah hadis qudsi): Aku bagi surah Al-Fatihah antara Aku dan hamba-Ku. Setengahnya untuk-Ku dan sebahagian yang lain utunk hamba-Ku. Dan akan Kukabulkan apa-apa yang dimohon oleh hamba-Ku.
Apabila hamba-Ku berkata:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم - ” Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, “
Allah Azza wa Jalla menjawab:
“Hamba ku telah memulai dengan menyebut nama-Ku. Dan kerananya Aku berhak untuk menyempurnakan segala perkaranya serta memberkati seluruh keadaannya.”
Apabila hamba-Ku berkata:
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين - “Segala puji bagi Allah, Tuhan alam semesta,”
maka Allah Azza wa Jalla berkata:
“Hamba-Ku telah memuja-Ku; dia tahu bahawa nikmat yang ada di sisinya adalah dari-Ku dan bencana yang dijauhkan darinya adalah lantaran kasih sayang-Ku. Kupersilakan kepada kalian bahawa kini Aku tambahkan nikmat-nikmat akhirat di samping nikmat-nikmat dunia; dan akan ku jauhkan darinya bencana-bencana akhirat sebagaimana Kujauhkan darinya bencana-bencana dunia.”
Apabila hamba-Ku berkata:
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم - ” (Allah) Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang”
maka Allah Azza wa Jalla berkata:
“Hamba-Ku telah menyaksikan-Ku bahawa Akulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang; kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan penuhi nasib hidupnya dengan rahmat-Ku, dan akan Kukurniai hayatnya dengan pemberian-pemberian-Ku.”
Apabila hamba-Ku berkata:
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين - ” Yang Menguasai hari Pembelasan”
maka Allah Azza wa Jalla berkata:
“Kupersaksikan kepada kalian sebagaimana yang diakuinya bahawa Akulah yang berkuasa pada hari pembalasan itu, dan akan Kupermudahkan hisabnya pada hari hisah kelak serta akan Kumaafkan segala kesalahannya.”
Apabila hamba-Ku berkata:
إِيَّاك نَعْبُدُ - “Hanya Engkaulah yang ku sembah”
maka Allah Azza wa Jalla berkata:
“Hamba-Ku benar ketiak dia menyembah-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahwa Aku akan berikan kepadanya ganjaran kerana ibadahnya sehingga orang-orang tidak sama sepertinya akan merasa iri kepadanya.”
Apabila hamba-Ku berkata:
وإِيَّاكَ نَسْتَعِين - “Hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,”
maka Allah azza wa Jalla berkata:
“Hamba-Ku telah minta pertolongan dari-Ku dan kembali kepada-Ku. Kini Kupersaksikan kepada kalian bahawa Aku akan menolongnya dalam setiap urusannya Aku akan membatunya dalam kesulitan-kesulitannya dan akan Kuhulurkan tangan-Ku kepadanya pada saat dukanya.”
Apabila hamba-ku berkata:
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِ يمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين - ” Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahi nikmat; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat,”
maka Allah azza wa Jalla berkata:
“Bahagian ini untuk hamba-Ku. Mereka berhak mendapatkan apa yang mereka mohonkan. Aku telah kabulkan permohonan hamba-Ku; Aku telah berikan kepadanya apa yang diharapkannya. Aku telah menyelamatkannya dari apa yang dia mohonkan dengan perlindugan-Ku”
Source:
Salam, T.I. (1999). Surah Al-Fatihah: Aku Dan Hamba-Ku. 100 Kisah Terbaik: Motivasi Mencapai Kejayaan. Jasmin Enterprise.pg. 14-16.



